Thursday, July 26, 2012

Kek Karamel Coklat Moist


dah lama sangat-sangat teringin nak buat kek karamel coklat moist ni..so after kerja petang tadi trus pegi tesco nk beli serbuk koko van houten..malangnya yang ada hanya pek besar..pek kecik out of stock..klu beli yang besar nanti x abes membazir..bukan slalu rajin nk memasak ni..

sebab ramai yang mintak resepi ni..aku buat la post khas untuk kek ni

LANGKAH PERTAMA


2 sudu besar gula pasir
(ditaburkan ke dalam loyang dan dipanaskan di atas api yang perlahan..make sure karamel tu nanti korang kena ratakan satu loyang tu)

LANGKAH 2


1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat (kalau nk manis jadikan 3/4 cawan)
1 sudu kecil esen vanila
2 biji kuning telur
3 biji telur (ambil kuning dan putih sekali)

bahan-bahan ni korang kacau guna whisker and garpu..kemudian tapiskan ke dalam loyang yang mengandungi karamel tadi.

lepas tu bakar dengan kaedah steam bake pada suhu 180 C dengan masa 15 minit ..tapi aku kukus je..sonang

LANGKAH 3

sementara tu..kita buat pulak adunan coklat moist cake tu..

BAHAN A

1 cawan serbuk koko (aku guna van houten)
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak

satukan semua BAHAN A dalam periuk..kacau sehingga rata..then masak atas api..kacau perlahan2 sampai sebati..agak2 dah sebati tutup api dan biarkan ia sebentar..

BAHAN B

3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecik soda bikarbonat
1 sudu kecik baking powder

semua BAHAN B diayak bersama

BAHAN C

4 biji telur diambil putih dan kuning

telur tu dipukul dengan whisker atau blend

LANGKAH 4

BAHAN B dan BAHAN C dimasukkan secara berselang seli dengan BAHAN A..kacau sehingga sebati..

bila dah sebati..tuang perlahan-lahan ke dalam loyang yang menngandungi karamel yang dah masak tadi.

bakar dalam suhu 180C selama sejam..(aku kukus je semua)

bila dah masak..sejukkan dulu baru la boleh di letakkan atas pinggan..begitulah kaedahnyaaa


senang sangat-sangat..selamat mencuba yaa

No comments: