Monday, May 03, 2010

Mangsa Tembakan..My Husband's Relative...pray for him..

sejujurnya saat ini kaum kerabat en.ramli masih berduka dengan kejadian tembakan yang menggemparkan negara malam sabtu lepas..

pakcik ramli yang keluarga mertua saya bahasakan 'pakcik lae'.seorang yang ringan tulang..malahan ketika majlis sambut menantu perkahwinan saya 2 tahun lepas..beliau lah orang yang paling sibuk menyiapkan meja makan beradap untuk majlis kami..
beliau juga merupakan orang yang sgt ramah dengan jiran tetangga..

sebagai bekas pesara askar..beliau tegas dalam mendidik anak2..maka tidak hairan kelima2 anak beliau berjaya dalam pelajaran..

saya masih baru dalam kaum kerabat mereka.maka saya masih belum mengenal beliau secara lebih mendalam..

air mata menitis dikala melihat beliau terlantar tidak bermaya di atas katil wad ICU Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu..

Marilah sama2 kita berdoa agar beliau selamat, keluar dari zon kritikal dan seterusnya sihat dalam menjalani hari2 mendatang.

p/s: sehingga saat ini, keadaan beliau masih tidak berubah..InsyaAllah akan ke hospital masa melawat tengah hari nanti..setidak2nya saya dapat memberi sokongan moral kepada keluarga beliau.

********************************************************************************
UPDATE..3 MEI

baru pulang dari HPRZII..keadaan beliau tidak banyak berubah..
terima kasih diucapkan kepada YB Dato' Speaker kerana sudi meluangkan masa menziarahi Pakcik Ramli.

********************************************************************************
UPADTE..4 MEI

Pakcik Ramli dikhabarkan akan menjalani operation utk membuang peluru yang tertanam di dadanya..sama2 kita doakan agak operation tu berjalan lancar

4 comments:

soleil_m said...

so it's true that he's abewa's relative like ma said to me yesterday :(

amin & insyaAllah..

mNa said...

yerpp..

let's pray for him..

KV said...

moga dilindungi Allah senantiasa. Amin

pB said...

moga selamat