Wednesday, May 13, 2009

Happy Mother's Day

*************ENTRI TERTUNGGAK

Saya membelek kalendar..10 Mei..owhh..hari ini adalah hari ibu..

pada tahun2 sebelum ni saya sentiasa dihantui rasa bersalah bila iklan mother's day kerap ditayangkan di kaca tv..dan emak saya asek bertanya bila tarikh sebenar hari ibu..
dan pada masa itu saya buat2 terlupa tarikh sebenar..sebab?
saya malu untuk mengucapkan selamat hari ibu untuk ibu saya sendiri..kenapa?
kerana saya tidak dididik seperti itu..tidak dalam keluarga saya untuk memeluk mencium ibu atau bapa dan mengucapkan selamat hari ibu @ bapa..

pada masa itu, kerap kali saya membelek2 kad ucapan di toko2 buku,tetapi berakhir dengan berlalu tanpa membelinya..

saya rasa sangat bersalah apabila emak saya menerima kad ucapan daripada adik saya ( ya, beliau sentiasa menghantar kad2 ucapan untuk ibu dan bapa kami..tapi tidak saya )

setelah saya bekerja dengan gaji sekarang, saya telah berazam, saya akan cuba membuat emak saya tidak lagi bertanya bila tarikh sebenar hari ibu..ya! saya akan mula memikirkan hadiah untuk emak saya..

tahun 2009, hadiah hari ibu untuk emak saya ialah dengan membeli set cawan vintage untuk beliau..saya tahu hadiah tersebut tak seberapa..tapi ada lagi hadiah akan menyusul..minggu depan..

hadiah hari ibu dan hadiah tertunggak harijadi abah..

untuk ma,
terima kasih yang tak terucap atas segala kasih sayang, pengorbanan yang telah ma berikan..

I LOVE U MOM!!

No comments: