Monday, May 14, 2007

Al-Fatihah

Semalam dapat mesej from my buddy kat melaka said..
"Bas tuah terbalik.Nanti tengok berita.. 2 student perempuan UTeM meninggal dunia."~~Fyruz~~

tekejut sgt..n eden still ingat masa study kat melaka..naik bas Tuah nak pegi JJ..da la buruk bwk laju gile..tapi masa tu tak terpkir plak benda cam ni kan belaku..n aku besyukur sangat sbb tak jadi kat aku benda ni..tapi aku bersimpati sangat dengan mangsa yang meninggal..

5 pelajar UTeM ada dalam bas masa kejadian..2 meninggal,1 parah n 2 lagi cedera ringan..
n sorang dr mangsa yang meninggal..eden kenal..

eden tatau nak cakap apa da..sedih ada..macam2 la..
tetiba eden terpikir..mak selalu pesan..hati2 bawak kete..hati2 jalan..tapi kalau memang ajal da sampai..kite berdiri kat tepi jalan po org bleh langgar..kite dok makan2 dalam kedai pon bleh mati..so..

Dua penuntut terbunuh bas terbalik elak kereta

MELAKA: Dua penuntut Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM) maut, manakala seorang parah selepas bas henti-henti yang mereka naiki terbalik di persimpangan lampu isyarat berhampiran Melaka Mall, Lebuh Ayer Keroh, di sini petang semalam.

Mereka yang meninggal dunia ialah Wan Nurul Nadiah Wan Ismail, 23, dari Besut, Terengganu dan rakannya, Azimah Abdul Aziz, 21, dari Muar, Johor.Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah pada kepala serta badan, manakala Sarimah Ahmad, 20, dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka. Mereka ialah pelajar Fakulti Teknologi Maklumat dan Pengajian Media Utem, di Durian Tunggal.

Turut cedera 15 penumpang lain, antaranya Chua Yen Peng, 24; Asmah Kamal, 53; Mahmood Yusof, 51, dan Nur Farhana Sabudin, 20, yang dirawat di Hospital Melaka.Penumpang lain mengalami luka akibat terkena serpihan cermin dan diberi rawatan pesakit luar.Timbalan Ketua Polis Melaka, Senior Asisten Komisioner II Zaleha Abdul Rahman, berkata ketika kejadian jam 2.20 petang itu, bas Tuah Bas Sdn Bhd itu dalam perjalanan ke pusat bandar dan pemandunya gagal mengawal bas apabila tiba di persimpangan lampu isyarat, dipercayai akibat masalah teknikal kenderaan.“Bagi mengelak bas merempuh beberapa kereta yang berhenti, pemandu berusia 53 tahun itu membelok ke kiri memasuki Jalan Merbok, Taman Kota Emas dan melanggar pembahagi jalan lalu terbalik. "Dua mangsa terperangkap dalam bas ditemui meninggal dunia. Lapan belas penumpang dan pemandu yang tercedera dikeluarkan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPA 3) serta Bomba dan Penyelamat dengan bantu orang awam,” katanya ketika ditemui, di tempat kejadian.

Seorang penumpang, Suriani Mohamed, 23, berkata beliau bersama Wan Nurul Nadiah menaiki bas kira-kira jam 2 petang di Air Keroh untuk ke Melaka Sentral bagi membeli keperluan harian."Pada mulanya, arwah ingin pergi berseorangan tetapi saya melarangnya dan menawarkan diri menemaninya. Ketika menuruni laluan curam berhampiran Kompleks Mahkamah Melaka, saya terbau hangit dan serentak itu bas meluncur laju."Tiba-tiba saya terasa kepala sakit dan pening, manakala arwah yang duduk di sebelah tersepit. Dengan bantuan orang ramai saya dibawa keluar dan dihantar ke hospital," katanya.

Warga Indonesia, Ruhaini Abdul Rahim, 39, pula berkata, ketika kejadian pemandu bas yang juga suaminya sempat menjerit ke arah penumpang supaya bersedia kerana masalah teknikal kenderaan itu."Kejadian berlaku pantas dan tiba-tiba bas menggelungsur lalu terbalik. Saya panik seketika apabila terasa mulut sakit dan berdarah, manakala suami saya cedera pada kakinya," katanya yang sering menemani suaminya bertugas.Ruhaini berkata, pagi semalam suaminya menghantar bas ke bengkel selepas masalah teknikal pada kenderaan itu.

AL-FATIHAH

1 comment:

Anonymous said...

seriau boley roma cheq mmbacanya..kal-fatihah~